Sosok Hafidz Quran yang Meninggal Seperti Tidur dan Saat Dikafani Jenazahnya Harum
Sosok Hafidz Quran yang Meninggal Seperti Tidur dan Saat Dikafani Jenazahnya Harum
Seorang pelajar tahfiz dari Indonesia, Muhammad Al Fatih Syukur, 18, ditemui meninggal dunia di bilik tidurnya di Mesir pada 9 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Menurut sumber, arwah menyertai program Ma’had Syaraful Haramain di sini bermula 2018 yang lalu dan bakal melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar pada September 2021.
“Pagi ini ketika berita kematiannya terlintas di laman Facebook, saya tersentak kerana apa yang saya tahu arwah tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini
“Muhammad al-Fatih Syukur adalah salah seorang pelajar terbaik di sana dan antara yang terawal menghafaz 30 juzuk Al-Quran,” kata Zaenal Akhbar Mustaqin.